ON TIME

Friday, 18 January 2013


                                              PENGENALAN

Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja seharian manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya kemudian memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia mempunyai kelajuan(speed), kebolehpercayaan (reliability), keupayaan storan (storage capability), produktiviti (productivity), membuat keputusan dan dapat mengurangkan kos. Sebagai kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin elektronik yang dapat menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas dari tenaga manusia dan keputusannya tepat.


                          SEJARAH PENCIPTAAN KOMPUTER

Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642, beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan  mekanikal yang pertama mengikut prinsip persepuluhan.
 

George Boole adalah seorang ahli matematik Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.

                                 GANERASI PERTAMA

Pada tahun 1937-1938 Dr. John V.Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry telah merekacipta dan membina komputer elektronik digital yang pertama. Komputer tersebut digelar ABC (Atanasoff-Berry Computer). Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah mencipta ENIAC(Electronic Numerical Integrator And Calculator)  pada tahun 1945. ENIAC boleh melakukan 5000 percampuran dan 300 pendaraban sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang dinamakan Spery Rand dan seterusnya mengeluarkan UNIVAC I (Universal Automatic Computer) dalam tahun 1951.

                                   
                                            GANERASI KEDUA

Komputer generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui  resistor bagi menggantikan tiub-tiub vakum/hampagas. Transistor adalah singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang dicipta ialah DEC PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan transistor ia dapatr berfungsi lebih baik daripada komputer generasi pertama.yang menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini bersaiz lebih kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time. Penggunaan tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama. Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi iaitu FORTRAN (1954) dan COBOL(1959). Manakala keupayaan storannya terus meningkat iaitu 16000 hingga 64000 aksara dan ia menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan(removable disk cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam “microsecond.


                                          GANERASI KETIGA
Komputer pada generasi ini pula telah menggunakan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandungi cip silikon yang sangat kecil bagi menggantikan transistor. Harga cip yang murah menyebabkan  perkembangan alat elektronik yang pesat dan kejatuhan harga alat tersebut. Komputer ini bercirikan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandung cip silikon yanf sangat kecil terdiri daripada beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah, padat dan lebih dipercayai. Contoh komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE II, IBM PC, Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi 1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan konsep multiprogramming danmultiprocessing iaitu beberapa aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan dalam “nanoseconds”. Pemprosesan interaktif diperkenalkan di mana pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer diperkenalkan di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi ia lebih kecil, perlahan dan lebih murah.


                                    GANERASI KEEMPAT

Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah laju dan boleh dipercayai. Generasi keempat ini merupakan lanjutan daripada generasi ketiga di mana pada generasi ketiga cip-cip digunakan untuk membina ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk membangunkan teknologi yang seterusnya iaitu general-purpose-on-a-chip yang digelar mikropemproses (microprocessor). Mikropemproses mengantikan litar bersepadu. Mikropemproses juga boleh didapati pada jam digital, mesin kira, dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah. Mikropemproses mula dijual pada tahun 1971. Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini adalah dari IBM yang menggunakan cip Intel 80286, cip Intel 80386, cip Intel 80486(mengandungi 1.2 juta transistor yang berukuran 0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium(mengandungi 3.1 juta transistor yang berupaya melaksanakan 112 juta arahan per saat).

                                             GANERASI KELIMA



 Komputer generasi kelima iaitu komputer bagi generasi akan datang ini masih belum diperkenalkan secara meluas. Namun usaha kearah tersebut telah dimulakan oleh beberapa negara maju. Ianya juga masih didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan negara yang paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk membina komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial intelligence), sistem pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya terus meningkat dengan pesat.

No comments:

Post a Comment